Jumaat, 29 Mac 2013

~Saya Sayang Pelajar Pertama Saya~


Salam, sesiapa sahaja yang mengenali angah, hola hola.

Hari ni angah nak cerita pasal student angah semasa praktikal SMK Jelapang Jaya. Sebelum ni angah dah cerita tentang diorang dalam Kenangan Terindah. Tapi hari ni angah nak cerita pasal budak 2. Sebelum angah buat entri ni angah tengah buat slide presentation pasal angah punya kursus "Seminar Refleksi". Minggu depan angah kena present tentang pengalaman angah semasa berpraktikal di sekolah 2. Sebelum angah buat slide 2, angah kena cari gambar student angah. Jenuh angah cari. Mula2 ambil dengan kawan sepraktikal dengan angah. Kemudian angah cari dekat Muka Buku student angah. Last sekali angah buat gambar 2. Dah tak tahu macam mana nak buat, suruh kawan angah yang ajarkan. Then ni adalah hasilnya..

ni budak2 2 Earth. Banyak kenangan dengan diorang.



ni pulak budak2 2 Pluto. Ni pun lagi banyak kenangan dengan diorang.

Korang rasa siapa yang paling cantik dan paling handsome kat dalam kelas yang angah ajar nie? Tentu korang pun juling mata nak pilih kan? Angah pun tak tahu siapa yang paling cantik dan paling handsome antara diorang nie. Tapi orang yang paling cantik dan paling handsome mestilah pelajar yang nakal, ye tak?hahah.

Lepas angah buat gambar nie, terus angah ingatkan diorang. Selalunya kita dah tak ingat perkara yang tidak menggembirakan hati kan? tapi angah sentiasa ingat diorang. Kenangan yang diorang berikan tak mungkin angah lupa sampai bila2. Diorang yang banyak beri kita ilmu macam mana nak menghadapi sesuatu perkara apabila ditimpa ujian. 

Tahun ni diorang exam besar, PMR. Jadi angah nak mintak korang doakan student angah ni berjaya menjadi pelajar yang berguna pada keluarga, masyarakat dan terutama sekali pada agama ye. 

Pesanan untuk student angah : 
a) Jadi anak yang berguna pada ibubapa. Walaupun ibu dan ayah kita lakukan kesalahan kepada kita, tapi ingatlah jasa mereka melahirkan kita ke dunia ini. Jangan jadikan alasan 'ibu bapa saya tidak sayangkan saya'. Sesungguhnya mereka sayangkan kamu, tapi tidak ditunjukkan kepada kamu. 
b) Sentiasa menimba ilmu, sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Dengan ilmu tersebut, kita boleh jadikan ia sandaran kepada kehidupan kita. Dengan ilmu tersebut, kita mudah tertipu dengan fitnah dunia. 
c) Hormatilah orang yang lebih tua daripada kamu. Dengan rasa hormat itu akan mencambahkan lagi silaturrahim di antara sesama insan. Dengan itu, kita akan sentiasa disayangi.

p/s : Selamat sejahtera dan Selamat Pagi, Cikgu!!!


Segmen : Fun Fun Of Me By Nurul Atiqah




Salam, wahai penghuni yang menghuni, hehehe...

Hari ni Angah nak join contest. Contest ni kawan Angah, Cik Nono yang syorkan. Katanya hadiah menarik. Jadi Angah pun nak cuba jugak lah. Mana tahu dapat hadiah tempat pertama. Angah xpernah dapat tempat pertama dalam contest tau. Korang pun support la Angah. Angah nak jugak menang, nak jugak x kira, hehehe. 

Kalau korang pun nak join, jom la join sekali. Caranya senang je. Nak tahu lebih lanjut, korang klik je kat sini

Korang nak tengok tak gambar sebenar Angah? Korang mesti tak kenal lagi sapa Angah kan? Tentu teruja yang amat kan nak tengok macam mana la si budak Angah ni. Tapi korang janji, jangan terkejut pulak. Kalau korang terkejut, Angah dah tak nak kawan dengan korang lagi dah. Janji tau!!!

Ni la Angah, tak cantik kan?
apa2 pun peace tak nak tinggal,
bak kata kawan Angah hehehe..

So, korang bila lagi nak join nie? Jom la sekali..nanti hadiah kita kongsi2. Kalau Angah menang, hadiah Angah punya la..

p/s : Amar Makruf Nahi Mungkar. Jangan jadikan diri sandaran kepada kepayahan. 

Sabtu, 2 Mac 2013

Syarikat Muda Osman Part II

Assalamualaikum....

Hari ni angah nak cerita pasal kawan-kawan angah kat SMO. Masa angah mula2 kerja kat SMO, orang pertama yang tegur angah Tinie. Tinie nie penolong supervisor. Jadi masa nak daftar masuk jadi pekerja SMO, daftar dengan Tinie la. Tinie ni baik sangat. Apa yang angah tak tahu nak buat, dia akan tunjukkan. Selalu dia tanya angah nak rehat kat mana, makan apa. Angah memang selesa sangat dengan Tinie. Masa mula2 masuk kerja, angah ingatkan Tinie ni lebih tua dari angah. Jadi angah selalu panggil Tinie nie akak. Rupa-rupanya,  Tinie nie sama umur je dengan angah. Dah tahu sama umur terus tukar panggilan jadi Tinie, hehehe.

Orang ke dua yang tegur angah Sue. Lepas perkenalkan barang pagi 2, angah terus g kat belakang nak buat kerja la kononnya. Masa 2 nampak sue. Angah tanya la dia apa yang nak buat. Kemudian, Sue bagitahu kotak2 kat belakang 2 kena check dulu betul ke tak. Bilang barang 2, betul ke tak dengan borang DO yang di pesan. Lepas 2 letak bar code, terus masuk rak. Masa 2 la angah sembang dengan Sue ni. Apa yang dia buat angah tolong. Dia g belakang, angah g belakang. Dia jaga kaunter angah duk belakang. Kiranya first kawan angah kat SMO adalah sue.

Kemudian, petang hari pertama angah kerja, angah kenal sorang lagi kawan. Nama dia Sha. Sha ni lemah lembut orangnya. Angah satu hari 2 memang duduk dengan Sha dan Sue je la. Diorang selalu cerita tentang pengalaman diorang kerja situ. Sha ni apa je yang kita suruh mesti dia buat. Apa yang kita tanya mesti dia jawab. Tapi mula2 angah tengok dia, angah ingat dia sombong, garang. Sebab Sha ni payah nak senyum. Tapi semakin kita kenal dia, semakin dia ramah dengan kita. Lama2 angah kenal Sha, rupanya Sha ni manja sangat. Sha akan buat kita rapat dengan dia.

Kak Ann pulak, Supervisor kat SMO Pasir Mas ni. Kak Ann ni, angah ingat dia tegas. Rupanya dia tak de la tegas sangat pun. Tapi ada ketikanya, dia akan tegur la kalau kita buat silap. Then, kak Long pula angah selalu tanya pasal casher. Kak Long ni, mengandung masa angah kerja kat situ. Sekarang ni dah bersalin dah. Dapat anak lelaki. Tapi angah tak sempat nak pergi tengok anak dia. Kak Long ada adik kerja kat sini. Angah panggil dia Jaa. Jaa ni cantik sangat. Angah jadi segan nak tegur dia. Tapi Jaa ni selalu je tanya angah kalau dia tak tahu nak buat apa2. Dia ingat angah tahu semua la pasal SMO ni. Jaa rapat dengan angah masa dah nak akhir perkhidmatan angah. Jaa selalu tanya angah pasal UPSI. Sebabnya dia nak sambung belajar kat UPSI. Insya Allah bulan 9 tahun nie dia masuk. Doakan ye untuk kawan angah ni.

Kat SMO ni jugak, angah jumpa senior angah masa sekolah menengah. Nama dia Hisyam. Hisyam ni masa kat sekolah dulu, angah tak rapat sangat. Tapi angah kenal la dia. Hisyam buat angah selesa kerja kat SMO. Sebab dia selalu bersembang dengan angah. First day kerja kan tak ramai nak tegur kita. Jadi, Hisyam ni nak buat kita selesa la. Tak nak nampak canggung kat tempat kerja. Hisyam ni kuat menyakat. Hari-hari akhir angah kat SMO boleh dia buat lawak. Kalau nak tahu nanti angah cerita dalam Part III, hehehe (nantikan kemunculannya).

Orang yang selalu beri tunjuk ajar pada angah ialah Kak Siti. Angah belajar casher dengan kak Siti la. Kak siti ni, tak lokek ilmu. Apa yang dia tahu, dia akan bagitahu kita. Semua ilmu casher, angah belajar dengan kak siti sebelum pergi training. Semua bar code yang kena hafal, angah rujuk kak Siti. Kak siti ni nampak garang, tapi dia baik sangat2. Dia banyak bagi kata2 semangat kat angah. Selalu nasihat apa yang patut kat angah. Memang terbaik la kak Siti.

Orang yang selalu menceriakan SMO adalah Fatin Atiqah. Sebab nama dia ada iras dengan nama angah, membuatkan angah selesa dengan dia. Fatin selalu tegur angah. Selalu sembang dengan angah. Kalau ada fatin, memang riuh la SMO. Dia selalu kawan dengan Kak Liza. Kak Liza ni, masa mula2 masuk angah tak rapat sangat. Dah nak mengakhiri perkhidmatan di SMO baru la rapat dengan Kak Liza. Kak Liza selalu backup angah kalau angah kena usik dengan pekerja lelaki kat SMO ni. Nasib baik ada kak Liza.

Kak nita selalu bercerita. Ada je gosip dia nak ceritakan masa rehat kat bilik staf SMO. Selalu memberi info pasal perkahwinan. Memang best la dengar dia bercerita. Banyak yang angah belajar dengan dia, hahaha (ilmu yang berguna). Kak Nurul pulak masa mula2 masuk kerja, angah tak tegur pun. Muka dia nampak garang sangat2. Angah nak tegur pun, tak jadi nak tegur. Dah lama2, baru angah tahu dia baik sebenarnya. Kak nurul ni rupa2nya mak saudara kawan angah, Syahmi Syafiq. Kak nurul punya abang pulak kawan ayah angah. Memang kebetulan la. Sejak tahu informasi 2, angah jadi selesa dengan kak Nurul. Angah selalu je rehat dengan kak Nurul. Sebabnya shift angah selalunya dengan dia.

Staf SMO baru, nama dia Aida. Aida ni masa mula2 masuk kerja, pagi2 dia mesti susun barang atas rak. Angah nak tegur, angah segan. Duk dalam seminggu, Aida mesra dengan kitaorang. Staf SMO panggil angah n aida nie adik beradik, sebabnya dua2 jenis yang kalut kalau duk kat casher. Ada je yang tak kena duk kat casher 2. Patut la Staf laki suka usik kami, hehe...

Pekerja lelaki ada 7 orang. First nama abg Wan. Abg wan selalu usik Angah. Dia gelar angah dengan Mr. Best. Kenapa abg wan selalu panggil angah Mr. Best. Nanti angah cerita lain kali eh. Abg wan nie lalu mintak pisang goreng. Hari akhir angah kat situ, angah belikan abg wan pisang goreng. Sebabnya masa 2 angah dah janji nak belikan kalau kelantan menang bola. Tapi masa 2 kelantan seri dengan Johor. Tapi angah tetap belikan. Takut juga Abg wan mengidam.

Pas2, Abg wi pulak memang kaki usik. Selalu menyelinap belakang angah, pas2 buat suara macam perempuan nak beli barang. Angah pun terus berpusing nak bagitahu tempat barang 2. Tengok kat belakang abg wi tengah mengekek ketawa. Kalau angah tengah susun barang pulak, dia selalu sembunyi belakang rak, kemudian kejutkan angah. Lama2 dapat sakit jantung la angah macam ni.

Sorang lagi suka mengusik, Zulfikar. Zul ni selalu panggil angah dengan nama kak Ra. Kak Ra ni staf SMO dulu. Ada ke patut, dia cakap belakang angah macam belakang Kak Ra. Lalu je tepi Casher angah, dia panggil angah Kak Ra. Bengang angah jadinya. Memang empat sekawan ni suka usik angah.

Staf baru SMO ada dua orang. Satu nama dia Izzul n Kimi. Izzul suka buat lawak. Ada je aksi dia yang membuatkan kita ketawa. Staf SMO panggil dia K-Pop, sebabnya rambut dia macam bintang K-pop. Kita suruh je dia buat kerja, dia akan buat. Izzul ni kawan baik dengan kimi. Kimi ni nampak sombong masa mula2 masuk kerja. Dah lama, dia jadi mesra.

Last sekali, Wan. Wan ni jenis yang senyap je. Buat kerja pun dia senyap. Kita tanya sepatah dia jawab la dua tiga patah. Masa mula2 masuk memang tak bercakap pun dengan Wan. Kalau bercakap pun sebab nak tanya barang duk kat mana. Wan baik sangat2. Dia jenis yang concern pasal kita. Angah setiap kali duk kat casher, selalu je tengok2 Wan kerja. Sebab muka Wan sweet sangat.

p/s : Tak sabar nak habiskan semester nie. Nak kerja kat SMO lagi. 2 pun kalau Bos Ahmed Azim nak terima angah lagi.