Isnin, 29 Oktober 2012

~Temuduga Terbuka~

Assalamualaikum, semua....

Angah ada nampak satu iklan temuduga nie kat Kota Bharu(KB) masa teman adik angah g baiki laptop dia. Angah rasa macam nak cuba, tapi rasa macam tak dapat je. Boleh ke dapat untuk 3 bulan keje je?? temuduga nie 1 November kat KB. Sekarang dah 29 Oktober, dah dekat sangat dah tu. Diorang nak resume, salinan kad pengenalan dan salinan sijil tertinggi. Tapi masalahnya jauh dari Pasir Mas (padahal 45minit je naik bas). Tak pe, tawakal je nanti. Kalau tak terima jgk, angah hajat nak g Subang Jaya, nak g keje dengan adik kat sana. Mintak tolong dia carikan keje kalau ada. Angah pun ada baca pasal keje kat taska kat Bangi, jauh tak dengan Subang Jaya?? Harap dapat temuduga terbuka nie. Tak payah nak g KL semata-mata nak cari keje.

p/s : Duduk kat rumah buat angah rasa makin berisi.

Khamis, 25 Oktober 2012

~Kenangan Terindah~

Salam buat penghuni blog angah....

Ingat lagi tak sebelum nie angah ada cakap angah praktikal kat SMK Jelapang Jaya, Ipoh kan? Sekarang angah dah habis praktikal. Banyak kenangan yang angah tak boleh nak lupa semasa berada di sana. Terutama pada pelajar-pelajar angah kat sana. Diorang semua adalah first students angah sepanjang perjalanan angah ingin menjadi seorang guru. Kat SMK Jelapang Jaya nie, ada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Angah mengajar untuk sesi petang dimana pelajar terdiri daripada peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2. Pelajar yang bertuah dapat angah adalah pelajar kelas 2 Earth dan 2 Pluto. 

Masa mula-mula angah masuk sekolah ni, angah dah rasa teruja sebab pengalaman pertama nak kena tempuhi ni. Minggu pertama, angah tak dapat jadual kelas lagi. Tapi angah kena ganti kelas Cik Bibi iaitu guru pembimbing angah sepanjang angah mengajar kat sana. Nasib baik ada lah juga nak kena buat selain dapat relief kelas masa tu. Angah segan sangat dengan cikgu-cikgu kat situ. Nak bercakap dengan diorang pun tak tahu nak cakap apa. Tambah pula masa tu ada 2 orang lagi cikgu praktikal petang. Lagi lah angah segan. Tapi dari hari ke hari angah mudah mesra dengan cikgu-cikgu kat sana kerana mereka peramah sangat dan dengan cikgu-cikgu praktikal pun angah jadi semakin rapat. Tu pun selepas Kem Pembangunan Sahsiah Insan dan Permata. 

Minggu ke 3 angah dapat kelas yang nak angah ajar. First time masuk kelas memang berdebar-debar. Tak tahu nak gambarkan macam mana takutnya angah masa tu. Dengan pelajar tengok kita bagai nak telan je. Masa tu pelajar-pelajar angah nie memang sopan. Tapi masuk minggu yang ke 2 dah lain macam dah. Dengan bisingnya, dengan tak duduk diamnya. Sabar je la hati angah masa tu. Terutama dengan pelajar-pelajar 2 Pluto. Memang bising tahap dah tak dengar suara angah mengajar kat depan. Tapi kalau depan Cik Bibi pijak semut pun tak mati, huh. Pelajar-pelajar 2 Earth ok sikit. Tapi ada sorang pelajar ni setiap kali angah nak mengajar dia boleh buat lawak. Bising la kelas dengar lawak dari dia. Dengan angah sekali ketawa dengar lawak dia tu. Pelajar perempuan kat belakang pula, tiap kali suruh buat cakap tak faham. Macam mana nak faham, kalau cikgu terang kat depan awak semua buat bising kat belakang!!!!

Minggu-minggu seterusnya pun macam tu lah jgk. Sampai la angah dah nak pencen dari sekolah tu. Pelajar-pelajar masih lagi buat perangai. Minggu akhir angah kat SMK Jelapang Jaya membuatkan angah sedih sangat. Bukan sebab nak tinggalkan sekolah, tapi sebab guru-guru yang sangat memberi tunjuk ajar, pengalaman kat sekolah, bagaimana hendak mengawal pelajar. Guru-guru yang sering memberi motivasi ketika diri angah dah berada di awangan kerana tidak ada semangat untuk mengajar. 

Sebelum angah meninggalkan sekolah, angah sempat mengajar kelas 2 Earth. Sempat la angah tinggalkan amanah angah pada pelajar angah. Waktu akhir persekolahan tu, Angah menangis teruk sangat masa bersalam dengan pelajar 2 Earth. Dah tak tahan sebak kat dada, tambah pula ada pelajar dan menangis masa tu. Lagi la sayu hati angah nak tinggalkan pelajar-pelajar angah. 4 bulan bukan satu jangka masa yang pnjang, tapi cukup membuatkan hati angah sayu semasa meninggalkan diorang. Cuma angah rasa terkilan sangat-sangat sebab angah tak sempat nak ucapkan apa-apa pada pelajar 2 Pluto. Sebab masa tu angah marah sangat dengan kelas 2 Pluto. Ada segelintir pelajar yang membuatkan hati angah terguris dengan perbuatan diorang. Tapi angah dah maafkan diorang. 

Kenangan angah dengan pelajar Tingkatan 2 SMK Jelapang Jaya 2012 akan terpahat dihati. Kenangan terindah dijadikan memori untuk kenangan di masa hadapan. Apa yang penting CIKGU SAYANG KAMU. Cikgu akan sentiasa ingat nama kalian. 

Ni pesanan buat pelajar-pelajar angah. 
1. Sentiasa memohon kepada Tuhan, agar apa yang kita inginkan dimakbulkan oleh tuhan. 
2. Sentiasa ingat pada jasa kedua-dua ibubapa walaupun mereka ada silap dengan kita. kerana tanpa mereka siapalah kita kat dunia ni.
3. Dengarlah nasihat daripada guru, janganlah disakiti hati walau seorang guru sekalipun. Sesungguhnya mereka yang memberi kita ILMU.
4. Sentiasa mengulangkaji pelajaran agar ILMU yang kita dapat, kita tidak mudah lupa. 
5. Jasa Cikgu tidak minta dibalas, cukup sekadar untuk secebis ingatan kalian pada cikgu.