Jumaat, 4 Mei 2012

..::One Liter Of Tears::..


Assalamualaikum, salam 1 Malaysia...


Mood ari ni sedih sebab baru je lepas tengok drama jepun 1 liter of tears. Ceritanya seorang gadis yang berusia 15tahun menghidap penyakit, spinocerebellar atrophy yang mana penyakit ni sikit-sikit akan menyebabkan kita sentiasa nak jatuh je, xleh nak anggarkan jarak (masa permulaan penyakit ni dikesan). Lepas 2 semakin hilang upaya nak berjalan, bercakap, dan menyebabkan lumpuh 1 badan (peringkat akhir penyakit Spinocerebellar Atrophy). Yang Angah bangga pada watak gadis yang  bernama Aya Ikeuchi dia berfikiran sangat matang dan dapat menerima penyakit dia walaupun pada permulaannya dia menyalahkan takdir yang ditakdirkan untuknya. Lepas 2 kat sekolah Aya dibantu oleh kawan2 dia, tapi akhir sekali kawan2 dia pun dah x larat nak jaga. Akhirnya Aya ni kena pindah ke sekolah yang menempatkan orang yang sama penyakit dengan Aya ni. Yang Angah kagum kan sebab apa, sebab Aya ada keluarga yang sanggup bersusah payah dengan Aya, dan ada kawan yang sangat memahami keadaan Aya iaitu Haruto Asou dan Mari Sugiura. Kalau Angah ditempat Aya, rasanya Angah dah lama berputus asa kot. Sebab Angah xde semangat macam Aya. Kalaulah Angah ada semangat macam Aya, mungkin Angah dapat menempuhi hidup ni dengan sempurna. 

One Liter Of Tears


Haruto ni Angah tabik la dia. Walaupun dia anak orang kaya tapi masih nak kawan dengan Aya yang ada penyakit Spinocerebellar Atrophy. Watak Haruto dalam drama ni watak yang bersahaja, pendiam, dan kadang-kadang akan bersuara apabila perlu. Contohnya semasa kawan-kawan sekelas Aya berbincang dengan guru kelas mereka tentang keadaan Aya yang menyusahkan semua kawan-kawannya. Haruto bersuara bahawa kawan-kawan yang lain sangat pentingkan diri dan hipokrit dalam menghadapi dan menolong Aya. Dalam drama ni pun Haruto suka sangat dengan Aya, tapi dia x tunjuk pun dia suka kat Aya. Last sekali dia cakap dia suka Aya masa Aya cakap xnak jumpa dengan sebab dah xleh cakap kat telefon. tapi memang Angah tabik la Haruto ni. Dia bagaikan penyelamat bagi Angah. 


ni pelakon utama lelaki, Haruto Asou


ni pelakon utama wanita, Aya Ikeuchi


Dalam cerita ni juga ada seorang doktor yang rawat Aya. Nama dia Dr. Hiroshi Mizuno. Angah suka tengok muka dia sebab muka dia macam pelakon Malaysia, Xy Zakari. Angah x minat pun Xy Zakari 2, tapi dalam cerita ni Angah suka tengok muka dr. Mizuno ni. Muka dia yang serius yang menyebabkan Angah suka tengok mukanya. Ermm...musykil juga, Angah ni memang suka tengok orang serius ke? Semua Angah suka tengok asal yang sederhana. Yang handsome sangat ni muka jambu je kan?hehehe...
ni pula pelakon yang melakonkan watak doktor Aya. 

Kejap lagi nak sambung tengok cerita ni. Tengah tunggu download episod 10 dan episod 11, yang x habis lagi. Angah tengok cerita ni dengan housemate Angah, dia pun layan je tengok cerita ni. Tapi yang harunya selamba je Angah nangis depan dia, dia x nangis pun. Mungkin Angah ni berjiwa sensitif kot,huhuhu...

p/s : Exam 13 Januari tapi masih layan cerita. Angah apa nak jadi dengan kamu ni? (kata dalam hati)