Isnin, 24 Oktober 2011

Bosan Sangat-Sangat

salam...maaf kepada semua yang mengikuti blog Angah, walaupun semuanya kawan-kawan Angah. Hari ni Angah tak ada nak cakap apa sebenarnya, cuma rasa bosan menyelubungi hidup Angah. Kalau dulu banyak je aktiviti sebab jadi REXCO kolej. Sekarang dah kena tendang dan kena tembak, dusk dusk dusk, bang bang bang, terus jadi penghuni bilik yang ada 2 orang manusia dan menghadap dinding yang serba putih ni. Tu pun nasib baik masih diberi nyawa oleh Allah untuk terus hidup. Kalau tak, roh Angah la yang update blog ni,hahaha...Hari ni Angah kena siapkan 2 Assignment yang Angah tangguh dari 2 minggu lepas. Sekarang baru ada masa nak tilik-tilik. Tu pun sekarang ni baru siap Assignment Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 1. Nak cari idea buat Assignment Theory Stat, tapi tak nak muncul dalam kepala Angah. Duk baring terus terlelap. Bangun je dari lelap yang panjang, terus buka laptop update blog. Senonoh tak?? tak kan?? hehe tu la diri Angah. Kawan-kawan Angah pun memang dah tahu Angah macam ni. Betul tak kawan-kawan??? ok la, Angah dah nak g buat Assignment, so jaga diri kalian baik-baik. Ingat pesan Angah, jangan tinggal SOLAT. SOLAT adalah tiang rumah kita. Renung-Renungkan dan selamat beramal.

P/S : Angah pun belum solat ASAR lagi ni. Nak g solat dah ni..huhuhu...Jangan Marah aaaa....

Selasa, 18 Oktober 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum. Salam Perkenalan, Salam satu Malaysia. Angah masih baru dalam berblog ni. Semuanyapengaruh daripada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan untuk membuat blog ni. Angahnak ceritakantentang diri Angah. Nama Angah yang sebenar ialah Atikah, yang bermaksud bersih, pemurah danberani. tapikawan-kawan Angah tak percaya pun Angah ada ciri-ciri tu. Tapi yang paling penting Angah tahu diriAngah. Luaran Angah kalau orang tak kenal Angah dengan baik memang akan kata Angah seorang yang garang, tapidah kenal Angah diorang akan kata Angah ni seorang yang happy dan ceria. Angah anak yang ke2 dari 7 adik beradik. Angah masih lagi belajar dan mempunyai kawan-kawan yang menyenangkan hati. Allah sentiasamemberikan kawan-kawan yang sesuai dan terbaik untuk Angah dari kecil sampai sekarang.Motto HidupAngah "Ceria Sentiasa".