Isnin, 24 Oktober 2011

Bosan Sangat-Sangat

salam...maaf kepada semua yang mengikuti blog Angah, walaupun semuanya kawan-kawan Angah. Hari ni Angah tak ada nak cakap apa sebenarnya, cuma rasa bosan menyelubungi hidup Angah. Kalau dulu banyak je aktiviti sebab jadi REXCO kolej. Sekarang dah kena tendang dan kena tembak, dusk dusk dusk, bang bang bang, terus jadi penghuni bilik yang ada 2 orang manusia dan menghadap dinding yang serba putih ni. Tu pun nasib baik masih diberi nyawa oleh Allah untuk terus hidup. Kalau tak, roh Angah la yang update blog ni,hahaha...Hari ni Angah kena siapkan 2 Assignment yang Angah tangguh dari 2 minggu lepas. Sekarang baru ada masa nak tilik-tilik. Tu pun sekarang ni baru siap Assignment Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 1. Nak cari idea buat Assignment Theory Stat, tapi tak nak muncul dalam kepala Angah. Duk baring terus terlelap. Bangun je dari lelap yang panjang, terus buka laptop update blog. Senonoh tak?? tak kan?? hehe tu la diri Angah. Kawan-kawan Angah pun memang dah tahu Angah macam ni. Betul tak kawan-kawan??? ok la, Angah dah nak g buat Assignment, so jaga diri kalian baik-baik. Ingat pesan Angah, jangan tinggal SOLAT. SOLAT adalah tiang rumah kita. Renung-Renungkan dan selamat beramal.

P/S : Angah pun belum solat ASAR lagi ni. Nak g solat dah ni..huhuhu...Jangan Marah aaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan