Khamis, 8 November 2012

~Jep Sepahtu Cinta Pertamaku~

Assalamualaikum penghuni blog angah....

Hari ni macam biasa angah nak cerita pasal Jep Sepahtu. Kenapa angah boleh cakap Jep Sepahtu nie cinta pertama angah? Persoalan yang menarik di situ ye. Masa mula-mula angah tak minat pun Jep ni. Kalau keluar berita pasal Jep ni memang angah biar je. Rela cari cerita pasal K-pop lagi. Kalau korang nak tau, angah ni hantu cerita korea. Korang cakap je nak cerita apa, angah mesti dah tengok. Kalau kat rumah tu, adik-adik angah memang tak boleh rebut la remote control dengan angah. Adik-adik angah melopong la tengok cerita korea tu sebab subtitle bahasa inggeris, hehehe. Tambah kalau dapat tengok running man, memang tak berganjak angah dari TV kat rumah tu. 

Tapi sejak angah balik cuti raya Aidilfitri hari tu, angah terpasang rancangan Karoot Komedia X. Jadi angah tengok la. Angah mula-mula tu ok je la tengok. Tiba part Jep je angah tercengang sebab Jep cute sangat masa bawa watak perempuan dalam cerita tu. Sampai habis angah tengok cerita tu angah cakap Jep ni cute. Adik angah yang masa tu pun tengok cerita tu pun meluat angah duk cakap Jep ni cute. Dia boleh cakap kat angah "wei, kau ni angau eh? dah tak de ayat lain ke nak cakap selain 'Jep nie cute la', menyampah aku." Ha, sampai tahap tu adik angah cakap. Angah [un cakap la "Peduli apa aku asal aku dapat tengok Jep." Sejak hari tu, angah minat gila dengan Jep. Sampai download lagi cerita Karoot Komedia X. Semata-mata nak tengok Jep. 

Nak dijadikan cerita, mak angah pun minat jugak la si Jep nie. Tu pun lepas tengok cerita Karoot Komedia dan Karoot Komedia X masa hari raya Haji hari tu. Siap puji lagi nak menantu macam Jep. Angah cakap kat mak, "tu pun kalau Jep nak kat orang mak." Mak cakap, "sapa nak kat kau kalau masak pun tak pandai." Dah sudah kalau mak angah cakap pasal masak. Memang kena bebel la lepas tu. Tapi nasib baik tak berjela, sebab masa tu tengah tengok cerita Karoot Komedia X. 

Ermmm...Sampai sekarang angah masih lagi jatuh hati pada Jep. Walaupun tak de Karoot Komedia X dah, tapi masih ada lagi rancangan yang ada Jep. Rancangan Betul Ke Bohong? jadi tatapan angah sekarang. Memang tak lepas la tengok rancangan tu. Angah harap Jep akan terus menghiburkan orang ramai selagi ada bakat yang terpendam. Buat peminat Jep sepahtu, angah minta maaf sebab angah dah jatuh cinta dengan Jep. So jangan ada yang nak bunuh diri pulak lepas nie, hehehe...

Gambar ambik kat utusan online

p/s : Gambar ni ada kat desktop laptop angah. Tiap kali rindu nak tatap wajah Jep, angah g kat desktop.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada Aky Mankubono berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Aky Mankubono Saya dulu seperti orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn Aky Mankubono yang dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700 jt dihadapan saya. jika mau bukti atau hbu no 0852 0333 3887 KILK DISIINI INFO PESUGIHAN
    SAYA// terima kasih banyak ya allah

    BalasPadam