Rabu, 21 November 2012

# Beto Kusyairy #

Assalamualaikum Sahabat Blog Angah....

Kenapa tiba-tiba angah nak cerita pasal Beto Kusyairy? Hehehe...sebab tadi angah tengok cerita yang beto berlakon. Mesti sahabat blog angah rasa angah jatuh cinta dengan Beto Kusyairy kan? Tak de lah....Cinta hati angah tetap Jep sepahtu...kan angah dah cerita pada korang hari tu... Kalau korang dah lupa korang baca entri tu kat sini eh...Jep Sepahtu...Apa yang angah nak cerita adalah angah suka sangat dengan watak Beto Kusyairy dalam telemovie Selagi Masih Ada. Dalam cerita tu angah paling suka masa Harith watak Beto dalam cerita nie memikat Dahlia, heroin cerita nie. Sweet sangat Beto dalam cerita ni. Kalau angah nak cari seseorang mesti angah nak yang sweet macam watak harith dalam cerita ni. Senyuman Beto pun sangat lah manis. Tiap kali tengok Beto tersenyum angah akan cakap "Cutenya"

Ha...sebut pasal ni kan, angah ada cerita kat kawan-kawan angah tentang lelaki idaman angah. Tapi diorang ketawakan angah, sebab tak de orang yang sebijik macam yang angah cakapkan. Nak tahu tak bagaimana rupa bakal suami angah nanti?? First sekali mestilah angah nak bakal suami angah nanti seorang yang beriman. Tanpa ilmu agama yang kukuh macam mana nak jadi imam kepada bakal anak-anak angah kan?? Kedua mestilah seorang yang tak merokok. Angah cukup pening dengan bau rokok. Walaupun ayah dan adik-adik angah merokok, tapi harapan angah agar bakal suami angah bukan seorang perokok. Ketiga bakal suami angah mestilah ada unsur jenaka @ lawak macam Jep Sepahtu. Keempat bakal suami angah mesti pakai cermin mata berbingkai hitam dan tinggi dari angah. Sebabnya setiap kali angah tengok lelaki pakai cermin mata berbingkai hitam nie, ada daya penarik kat situ. Kelima mestilah pandai main gitar @ piano. Tapi mesti semua lelaki pandai main gitar kan? Ada ke lelaki tak pandai main gitar? Tu je lah kot lelaki idaman angah AKA bakal suami angah. Nanti kalau ada lagi angah update lagi ye....

Eh, kita tengah cerita pasal Beto Kusyairy kan tadi. Ahhh...apa-apa pun korang boleh baca kat sini untuk lebih mengenali siapa Beto Kusyairy nie. Tapi korang jangan nak berangan lebih ye. Beto Kusyairy ni dah kahwin. Jadi korang jangan nak terlebih sangat ye. 

nie gambar untuk telemovie Selagi Masih Ada

p/s : Ada lagi ke cara memikat gadis macam yang dilakukan oleh Harith dalam cerita Selagi Masih Ada??

Khamis, 8 November 2012

~Jep Sepahtu Cinta Pertamaku~

Assalamualaikum penghuni blog angah....

Hari ni macam biasa angah nak cerita pasal Jep Sepahtu. Kenapa angah boleh cakap Jep Sepahtu nie cinta pertama angah? Persoalan yang menarik di situ ye. Masa mula-mula angah tak minat pun Jep ni. Kalau keluar berita pasal Jep ni memang angah biar je. Rela cari cerita pasal K-pop lagi. Kalau korang nak tau, angah ni hantu cerita korea. Korang cakap je nak cerita apa, angah mesti dah tengok. Kalau kat rumah tu, adik-adik angah memang tak boleh rebut la remote control dengan angah. Adik-adik angah melopong la tengok cerita korea tu sebab subtitle bahasa inggeris, hehehe. Tambah kalau dapat tengok running man, memang tak berganjak angah dari TV kat rumah tu. 

Tapi sejak angah balik cuti raya Aidilfitri hari tu, angah terpasang rancangan Karoot Komedia X. Jadi angah tengok la. Angah mula-mula tu ok je la tengok. Tiba part Jep je angah tercengang sebab Jep cute sangat masa bawa watak perempuan dalam cerita tu. Sampai habis angah tengok cerita tu angah cakap Jep ni cute. Adik angah yang masa tu pun tengok cerita tu pun meluat angah duk cakap Jep ni cute. Dia boleh cakap kat angah "wei, kau ni angau eh? dah tak de ayat lain ke nak cakap selain 'Jep nie cute la', menyampah aku." Ha, sampai tahap tu adik angah cakap. Angah [un cakap la "Peduli apa aku asal aku dapat tengok Jep." Sejak hari tu, angah minat gila dengan Jep. Sampai download lagi cerita Karoot Komedia X. Semata-mata nak tengok Jep. 

Nak dijadikan cerita, mak angah pun minat jugak la si Jep nie. Tu pun lepas tengok cerita Karoot Komedia dan Karoot Komedia X masa hari raya Haji hari tu. Siap puji lagi nak menantu macam Jep. Angah cakap kat mak, "tu pun kalau Jep nak kat orang mak." Mak cakap, "sapa nak kat kau kalau masak pun tak pandai." Dah sudah kalau mak angah cakap pasal masak. Memang kena bebel la lepas tu. Tapi nasib baik tak berjela, sebab masa tu tengah tengok cerita Karoot Komedia X. 

Ermmm...Sampai sekarang angah masih lagi jatuh hati pada Jep. Walaupun tak de Karoot Komedia X dah, tapi masih ada lagi rancangan yang ada Jep. Rancangan Betul Ke Bohong? jadi tatapan angah sekarang. Memang tak lepas la tengok rancangan tu. Angah harap Jep akan terus menghiburkan orang ramai selagi ada bakat yang terpendam. Buat peminat Jep sepahtu, angah minta maaf sebab angah dah jatuh cinta dengan Jep. So jangan ada yang nak bunuh diri pulak lepas nie, hehehe...

Gambar ambik kat utusan online

p/s : Gambar ni ada kat desktop laptop angah. Tiap kali rindu nak tatap wajah Jep, angah g kat desktop.

Jumaat, 2 November 2012

~Everything I Need~

Penyanyi : Randy Pangalila
Penulis Lirik : Randy Pangalila
Komposer : Randy Pangalila

Hati ku merasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu
Ingin selalu ada dekatmu selalu ada dihatimu
Jangan tinggalkan dan jangan kau lepaskan
Untuk memaluku dekatku di setiap detak jantungku.

You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway