Ahad, 9 Disember 2012

<< NoVeL BaRu >>

Assalamualaikum penghuni blog angah.....

Dah masuk bulan Disember kan?? Tak tahu nak buat apa lepas balik keje. Selalunya tengok cerita kat laptop je la. Tapi minggu nie angah tidak akan kebosanan sebab angah dah terima pesanan bungkusan novel dari Kaki Novel. Angah tempah online novel nie. 

Sebut pasal novel, angah ada cita-cita nak buka cybercafe nanti. Nanti cybercafe tu angah nak buat macam sudut membaca novel dan menyewa novel. Pelanggan tetap akan dapat diskaun. Setakat nie angah dah ada 120 buah novel. Tapi tak ada sudut nak letak semua novel angah. Adik angah yang ke 5 letak novel angah kat dalam kotak. Dia siap cakap lagi, dah tak de ruang nak letak semua novel angah. Dia cakap lagi tak yah dah beli novel, buat semak je. Angah balas balik, kalau semak jangan dah baca novel angah. Lepas tu dia minta maaf. Sebabnya dia pun jenis suka baca novel. 

Mak angah dah tahu angah punya rancangan. Dia cakap bagus sangat, sebab rumah kami dekat dengan sekolah agama. Tentu ramai pelajar perempuan nak sewa novel angah nanti. Mood angah macam tak sabar nak ada kedai sendiri. Harap-harap apa yang angah dah rancangkan akan berjaya. 

p/s : Nak tempah lagi novel tapi tak ada duit. 

Rabu, 21 November 2012

# Beto Kusyairy #

Assalamualaikum Sahabat Blog Angah....

Kenapa tiba-tiba angah nak cerita pasal Beto Kusyairy? Hehehe...sebab tadi angah tengok cerita yang beto berlakon. Mesti sahabat blog angah rasa angah jatuh cinta dengan Beto Kusyairy kan? Tak de lah....Cinta hati angah tetap Jep sepahtu...kan angah dah cerita pada korang hari tu... Kalau korang dah lupa korang baca entri tu kat sini eh...Jep Sepahtu...Apa yang angah nak cerita adalah angah suka sangat dengan watak Beto Kusyairy dalam telemovie Selagi Masih Ada. Dalam cerita tu angah paling suka masa Harith watak Beto dalam cerita nie memikat Dahlia, heroin cerita nie. Sweet sangat Beto dalam cerita ni. Kalau angah nak cari seseorang mesti angah nak yang sweet macam watak harith dalam cerita ni. Senyuman Beto pun sangat lah manis. Tiap kali tengok Beto tersenyum angah akan cakap "Cutenya"

Ha...sebut pasal ni kan, angah ada cerita kat kawan-kawan angah tentang lelaki idaman angah. Tapi diorang ketawakan angah, sebab tak de orang yang sebijik macam yang angah cakapkan. Nak tahu tak bagaimana rupa bakal suami angah nanti?? First sekali mestilah angah nak bakal suami angah nanti seorang yang beriman. Tanpa ilmu agama yang kukuh macam mana nak jadi imam kepada bakal anak-anak angah kan?? Kedua mestilah seorang yang tak merokok. Angah cukup pening dengan bau rokok. Walaupun ayah dan adik-adik angah merokok, tapi harapan angah agar bakal suami angah bukan seorang perokok. Ketiga bakal suami angah mestilah ada unsur jenaka @ lawak macam Jep Sepahtu. Keempat bakal suami angah mesti pakai cermin mata berbingkai hitam dan tinggi dari angah. Sebabnya setiap kali angah tengok lelaki pakai cermin mata berbingkai hitam nie, ada daya penarik kat situ. Kelima mestilah pandai main gitar @ piano. Tapi mesti semua lelaki pandai main gitar kan? Ada ke lelaki tak pandai main gitar? Tu je lah kot lelaki idaman angah AKA bakal suami angah. Nanti kalau ada lagi angah update lagi ye....

Eh, kita tengah cerita pasal Beto Kusyairy kan tadi. Ahhh...apa-apa pun korang boleh baca kat sini untuk lebih mengenali siapa Beto Kusyairy nie. Tapi korang jangan nak berangan lebih ye. Beto Kusyairy ni dah kahwin. Jadi korang jangan nak terlebih sangat ye. 

nie gambar untuk telemovie Selagi Masih Ada

p/s : Ada lagi ke cara memikat gadis macam yang dilakukan oleh Harith dalam cerita Selagi Masih Ada??

Khamis, 8 November 2012

~Jep Sepahtu Cinta Pertamaku~

Assalamualaikum penghuni blog angah....

Hari ni macam biasa angah nak cerita pasal Jep Sepahtu. Kenapa angah boleh cakap Jep Sepahtu nie cinta pertama angah? Persoalan yang menarik di situ ye. Masa mula-mula angah tak minat pun Jep ni. Kalau keluar berita pasal Jep ni memang angah biar je. Rela cari cerita pasal K-pop lagi. Kalau korang nak tau, angah ni hantu cerita korea. Korang cakap je nak cerita apa, angah mesti dah tengok. Kalau kat rumah tu, adik-adik angah memang tak boleh rebut la remote control dengan angah. Adik-adik angah melopong la tengok cerita korea tu sebab subtitle bahasa inggeris, hehehe. Tambah kalau dapat tengok running man, memang tak berganjak angah dari TV kat rumah tu. 

Tapi sejak angah balik cuti raya Aidilfitri hari tu, angah terpasang rancangan Karoot Komedia X. Jadi angah tengok la. Angah mula-mula tu ok je la tengok. Tiba part Jep je angah tercengang sebab Jep cute sangat masa bawa watak perempuan dalam cerita tu. Sampai habis angah tengok cerita tu angah cakap Jep ni cute. Adik angah yang masa tu pun tengok cerita tu pun meluat angah duk cakap Jep ni cute. Dia boleh cakap kat angah "wei, kau ni angau eh? dah tak de ayat lain ke nak cakap selain 'Jep nie cute la', menyampah aku." Ha, sampai tahap tu adik angah cakap. Angah [un cakap la "Peduli apa aku asal aku dapat tengok Jep." Sejak hari tu, angah minat gila dengan Jep. Sampai download lagi cerita Karoot Komedia X. Semata-mata nak tengok Jep. 

Nak dijadikan cerita, mak angah pun minat jugak la si Jep nie. Tu pun lepas tengok cerita Karoot Komedia dan Karoot Komedia X masa hari raya Haji hari tu. Siap puji lagi nak menantu macam Jep. Angah cakap kat mak, "tu pun kalau Jep nak kat orang mak." Mak cakap, "sapa nak kat kau kalau masak pun tak pandai." Dah sudah kalau mak angah cakap pasal masak. Memang kena bebel la lepas tu. Tapi nasib baik tak berjela, sebab masa tu tengah tengok cerita Karoot Komedia X. 

Ermmm...Sampai sekarang angah masih lagi jatuh hati pada Jep. Walaupun tak de Karoot Komedia X dah, tapi masih ada lagi rancangan yang ada Jep. Rancangan Betul Ke Bohong? jadi tatapan angah sekarang. Memang tak lepas la tengok rancangan tu. Angah harap Jep akan terus menghiburkan orang ramai selagi ada bakat yang terpendam. Buat peminat Jep sepahtu, angah minta maaf sebab angah dah jatuh cinta dengan Jep. So jangan ada yang nak bunuh diri pulak lepas nie, hehehe...

Gambar ambik kat utusan online

p/s : Gambar ni ada kat desktop laptop angah. Tiap kali rindu nak tatap wajah Jep, angah g kat desktop.

Jumaat, 2 November 2012

~Everything I Need~

Penyanyi : Randy Pangalila
Penulis Lirik : Randy Pangalila
Komposer : Randy Pangalila

Hati ku merasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu
Ingin selalu ada dekatmu selalu ada dihatimu
Jangan tinggalkan dan jangan kau lepaskan
Untuk memaluku dekatku di setiap detak jantungku.

You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway


You are my love, you are my life
You are everything i need
I give you my heart, i give my soul
In everyway



Isnin, 29 Oktober 2012

~Temuduga Terbuka~

Assalamualaikum, semua....

Angah ada nampak satu iklan temuduga nie kat Kota Bharu(KB) masa teman adik angah g baiki laptop dia. Angah rasa macam nak cuba, tapi rasa macam tak dapat je. Boleh ke dapat untuk 3 bulan keje je?? temuduga nie 1 November kat KB. Sekarang dah 29 Oktober, dah dekat sangat dah tu. Diorang nak resume, salinan kad pengenalan dan salinan sijil tertinggi. Tapi masalahnya jauh dari Pasir Mas (padahal 45minit je naik bas). Tak pe, tawakal je nanti. Kalau tak terima jgk, angah hajat nak g Subang Jaya, nak g keje dengan adik kat sana. Mintak tolong dia carikan keje kalau ada. Angah pun ada baca pasal keje kat taska kat Bangi, jauh tak dengan Subang Jaya?? Harap dapat temuduga terbuka nie. Tak payah nak g KL semata-mata nak cari keje.

p/s : Duduk kat rumah buat angah rasa makin berisi.

Khamis, 25 Oktober 2012

~Kenangan Terindah~

Salam buat penghuni blog angah....

Ingat lagi tak sebelum nie angah ada cakap angah praktikal kat SMK Jelapang Jaya, Ipoh kan? Sekarang angah dah habis praktikal. Banyak kenangan yang angah tak boleh nak lupa semasa berada di sana. Terutama pada pelajar-pelajar angah kat sana. Diorang semua adalah first students angah sepanjang perjalanan angah ingin menjadi seorang guru. Kat SMK Jelapang Jaya nie, ada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Angah mengajar untuk sesi petang dimana pelajar terdiri daripada peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2. Pelajar yang bertuah dapat angah adalah pelajar kelas 2 Earth dan 2 Pluto. 

Masa mula-mula angah masuk sekolah ni, angah dah rasa teruja sebab pengalaman pertama nak kena tempuhi ni. Minggu pertama, angah tak dapat jadual kelas lagi. Tapi angah kena ganti kelas Cik Bibi iaitu guru pembimbing angah sepanjang angah mengajar kat sana. Nasib baik ada lah juga nak kena buat selain dapat relief kelas masa tu. Angah segan sangat dengan cikgu-cikgu kat situ. Nak bercakap dengan diorang pun tak tahu nak cakap apa. Tambah pula masa tu ada 2 orang lagi cikgu praktikal petang. Lagi lah angah segan. Tapi dari hari ke hari angah mudah mesra dengan cikgu-cikgu kat sana kerana mereka peramah sangat dan dengan cikgu-cikgu praktikal pun angah jadi semakin rapat. Tu pun selepas Kem Pembangunan Sahsiah Insan dan Permata. 

Minggu ke 3 angah dapat kelas yang nak angah ajar. First time masuk kelas memang berdebar-debar. Tak tahu nak gambarkan macam mana takutnya angah masa tu. Dengan pelajar tengok kita bagai nak telan je. Masa tu pelajar-pelajar angah nie memang sopan. Tapi masuk minggu yang ke 2 dah lain macam dah. Dengan bisingnya, dengan tak duduk diamnya. Sabar je la hati angah masa tu. Terutama dengan pelajar-pelajar 2 Pluto. Memang bising tahap dah tak dengar suara angah mengajar kat depan. Tapi kalau depan Cik Bibi pijak semut pun tak mati, huh. Pelajar-pelajar 2 Earth ok sikit. Tapi ada sorang pelajar ni setiap kali angah nak mengajar dia boleh buat lawak. Bising la kelas dengar lawak dari dia. Dengan angah sekali ketawa dengar lawak dia tu. Pelajar perempuan kat belakang pula, tiap kali suruh buat cakap tak faham. Macam mana nak faham, kalau cikgu terang kat depan awak semua buat bising kat belakang!!!!

Minggu-minggu seterusnya pun macam tu lah jgk. Sampai la angah dah nak pencen dari sekolah tu. Pelajar-pelajar masih lagi buat perangai. Minggu akhir angah kat SMK Jelapang Jaya membuatkan angah sedih sangat. Bukan sebab nak tinggalkan sekolah, tapi sebab guru-guru yang sangat memberi tunjuk ajar, pengalaman kat sekolah, bagaimana hendak mengawal pelajar. Guru-guru yang sering memberi motivasi ketika diri angah dah berada di awangan kerana tidak ada semangat untuk mengajar. 

Sebelum angah meninggalkan sekolah, angah sempat mengajar kelas 2 Earth. Sempat la angah tinggalkan amanah angah pada pelajar angah. Waktu akhir persekolahan tu, Angah menangis teruk sangat masa bersalam dengan pelajar 2 Earth. Dah tak tahan sebak kat dada, tambah pula ada pelajar dan menangis masa tu. Lagi la sayu hati angah nak tinggalkan pelajar-pelajar angah. 4 bulan bukan satu jangka masa yang pnjang, tapi cukup membuatkan hati angah sayu semasa meninggalkan diorang. Cuma angah rasa terkilan sangat-sangat sebab angah tak sempat nak ucapkan apa-apa pada pelajar 2 Pluto. Sebab masa tu angah marah sangat dengan kelas 2 Pluto. Ada segelintir pelajar yang membuatkan hati angah terguris dengan perbuatan diorang. Tapi angah dah maafkan diorang. 

Kenangan angah dengan pelajar Tingkatan 2 SMK Jelapang Jaya 2012 akan terpahat dihati. Kenangan terindah dijadikan memori untuk kenangan di masa hadapan. Apa yang penting CIKGU SAYANG KAMU. Cikgu akan sentiasa ingat nama kalian. 

Ni pesanan buat pelajar-pelajar angah. 
1. Sentiasa memohon kepada Tuhan, agar apa yang kita inginkan dimakbulkan oleh tuhan. 
2. Sentiasa ingat pada jasa kedua-dua ibubapa walaupun mereka ada silap dengan kita. kerana tanpa mereka siapalah kita kat dunia ni.
3. Dengarlah nasihat daripada guru, janganlah disakiti hati walau seorang guru sekalipun. Sesungguhnya mereka yang memberi kita ILMU.
4. Sentiasa mengulangkaji pelajaran agar ILMU yang kita dapat, kita tidak mudah lupa. 
5. Jasa Cikgu tidak minta dibalas, cukup sekadar untuk secebis ingatan kalian pada cikgu.

Rabu, 26 September 2012

~Setianya Sang Comel Pada Tuannya~


Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat menyebabkan sakit.

“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.
“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.
“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.
“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.
“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.
“Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.
“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.

Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.
Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”
Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.
“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.
Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan.

Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.






Jumaat, 3 Ogos 2012

sELamAt HaRi LaHiR Ke 23

Assalamualaikum...

Hari ni Birthday angah (dah tua dah angah nie)...kat FB ramai yang dah bagi ucapan. TQ pada yang wish angah kat FB....korang bila lagi nak wish?huhu....angah x nak apa2 pun untuk birthday kali ni...yang angah nak hanyalah kesihatan yang berkekalan untuk meneruskan kehidupan sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya...semoga Allah panjangkan umur angah untuk berbakti kepada kedua ibu bapa angah...teringin nak capai Azam tahun baru yang angah dah buat bertahun-tahun dulu...Mak Ayah, sabarlah menanti anakmu ini membawa keduanya ke Mekah....

Azam Tahun Baru yang angah buat :-
i) Bawa Mak Ayah ke Mekah (suruh diorang doakan angah berjaya dunia akhirat dan diberikan jodoh yang Baik)
ii) Angah nak g Mekah sebelum umur 30 tahun. (2 pun kalau ada masa dan kekosongan)
iii) Angah nak belajar piano n gitar (dah lama impikan seseorang mainkan gitar masa lamar angah, gatal kan?)
iv) Nak dapatkan PhD sebelum 40tahun. (ni pun kalau bakal suami benarkan)

Tu je azam yang angah angah buat tapi tak tercapai pun lagi...Insya Allah akan tercapai nanti...Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan di akhirat....

p/s : Buat azam ni dari form 5 lagi, sekarang tak tercapai lagi. 

Selasa, 31 Julai 2012

Indahnya Menjadi Wanita

Assalamualaikum....


Hari ni nak cerita sikit pasal wanita...angah rasa sangat bertuah kerana jadi seorang wanita...mungkin kalian pun tahu keistimewaan seorang wanita...kalau berbicara tentang wanita, pasti kalian bayangkan tentang ibu, kakak, adik perempuan, nenek dan sebagainya kan...seorang lelaki tanggungjawabnya adalah menjaga seorang yang bergelar wanita...itulah sebabnya tugas lelaki sangat berat...seorang abang menjaga adik-adik perempuannya, seorang ayah menjaga anak-anak perempuannya daripada kebebasan dunia yang tiada sempadan ini....angah sangat respect pada seorang lelaki yang menjaga wanita-wanita di dalam keluarganya daripada kekejaman dunia....sila ikuti cerita dibawah untuk mengetahui apa yang angah maksudkan....ni angah ambil daripada FB adik angah....


Kisahnya....


Lelaki inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tdk boleh berjabat tangan dengan laki2?"

Lelaki muslim menjawab: "Bisakah kamu berjabat tangan dengan ratu elizabeth?

Lelaki inggris menjawab: "oh tentu tidak bisa! cuma orang2 tertentu saja yg bisa berjabat tangan dengan ratu."

Lelaki muslim tersenyum & berkata:" Wanita2 dari golongan kami(Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan laki2 sembarangan (yg bukan muhrimnya")

Lalu Lelaki inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Lelaki muslim tersenyum dan menunjukkan 2 buah gula2, ia membuka bungkus gula2 yg pertama dan membiarkan gula2 yg kedua tertutup bungkusnya tiba2 dia melemparkan gula2 itu ke lantai yg sangat kotor.

Lelaki muslim bertanya: " Jika saya meminta anda untuk mengambil satu gula2,maka mana yg akan anda pilih?"
Lekaki inggris spontan menjawab: "Tentu saja yg msh tertutup dg bungkusnya karena isinya tetap bersih dan tdk kotor.."

Dan Lelaki muslim berkata: " Begitulah cara kami orang muslim memperlakukan dan melihat perempuan dari golongan kami"



p/s : sila nasihatkan wanita-wanita dalam keluarga anda untuk masa depan....

Isnin, 23 Julai 2012

Latihan Mengajar di SMKJJ

Assalamalaikum...

Lama dah angah tak update blog kan? ermmm...nak mula dari mana dulu erk? first sekali angah nak bagitahu angah dah berpraktikal kat Sekolah Menengah Jelapang Jaya. Kat sini semua hebat, makanan first class, pentadbiran cun...tapi yang buatkan angah susah hati ini, pelajar-pelajar sekolah ni la...banyak yang dah angah lalui semasa berpraktikal selama sebulan ni...tinggal lagi 3 bulan untuk meneruskan kehidupan sebagai guru pelatih kat sini...memang kena banyak bersabar la kan....tambah pula di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini...harap-harap la pelajar-pelajar angah tak buat angah naik angin dalam bulan ramadhan ni...angah mengajar kelas 2 awal dan kelas 2 last...kelas awal ok je, tapi bising sangat2..angah puas jerit dalam kelas, tapi diorang tetap macam 2 jgk....2 belum masuk kelas 2 last...hai sabarlah wahai hati...semoga tenang sentiasa hati ini menghadapi hari-hari yang mendatang....ameen...

ha...ni la pengetua
Sekolah Menengah Jelapang Jaya, Pn. Naimah 

Jadual angah lagi best..hari isnin memang lapang, xde kelas...tapi dapat relief jgk...2 malas nak g relief...pelajar banyak songeh...sebab mereka tahu kita ni cikgu praktikal....

Jumaat, 4 Mei 2012

..::One Liter Of Tears::..


Assalamualaikum, salam 1 Malaysia...


Mood ari ni sedih sebab baru je lepas tengok drama jepun 1 liter of tears. Ceritanya seorang gadis yang berusia 15tahun menghidap penyakit, spinocerebellar atrophy yang mana penyakit ni sikit-sikit akan menyebabkan kita sentiasa nak jatuh je, xleh nak anggarkan jarak (masa permulaan penyakit ni dikesan). Lepas 2 semakin hilang upaya nak berjalan, bercakap, dan menyebabkan lumpuh 1 badan (peringkat akhir penyakit Spinocerebellar Atrophy). Yang Angah bangga pada watak gadis yang  bernama Aya Ikeuchi dia berfikiran sangat matang dan dapat menerima penyakit dia walaupun pada permulaannya dia menyalahkan takdir yang ditakdirkan untuknya. Lepas 2 kat sekolah Aya dibantu oleh kawan2 dia, tapi akhir sekali kawan2 dia pun dah x larat nak jaga. Akhirnya Aya ni kena pindah ke sekolah yang menempatkan orang yang sama penyakit dengan Aya ni. Yang Angah kagum kan sebab apa, sebab Aya ada keluarga yang sanggup bersusah payah dengan Aya, dan ada kawan yang sangat memahami keadaan Aya iaitu Haruto Asou dan Mari Sugiura. Kalau Angah ditempat Aya, rasanya Angah dah lama berputus asa kot. Sebab Angah xde semangat macam Aya. Kalaulah Angah ada semangat macam Aya, mungkin Angah dapat menempuhi hidup ni dengan sempurna. 

One Liter Of Tears


Haruto ni Angah tabik la dia. Walaupun dia anak orang kaya tapi masih nak kawan dengan Aya yang ada penyakit Spinocerebellar Atrophy. Watak Haruto dalam drama ni watak yang bersahaja, pendiam, dan kadang-kadang akan bersuara apabila perlu. Contohnya semasa kawan-kawan sekelas Aya berbincang dengan guru kelas mereka tentang keadaan Aya yang menyusahkan semua kawan-kawannya. Haruto bersuara bahawa kawan-kawan yang lain sangat pentingkan diri dan hipokrit dalam menghadapi dan menolong Aya. Dalam drama ni pun Haruto suka sangat dengan Aya, tapi dia x tunjuk pun dia suka kat Aya. Last sekali dia cakap dia suka Aya masa Aya cakap xnak jumpa dengan sebab dah xleh cakap kat telefon. tapi memang Angah tabik la Haruto ni. Dia bagaikan penyelamat bagi Angah. 


ni pelakon utama lelaki, Haruto Asou


ni pelakon utama wanita, Aya Ikeuchi


Dalam cerita ni juga ada seorang doktor yang rawat Aya. Nama dia Dr. Hiroshi Mizuno. Angah suka tengok muka dia sebab muka dia macam pelakon Malaysia, Xy Zakari. Angah x minat pun Xy Zakari 2, tapi dalam cerita ni Angah suka tengok muka dr. Mizuno ni. Muka dia yang serius yang menyebabkan Angah suka tengok mukanya. Ermm...musykil juga, Angah ni memang suka tengok orang serius ke? Semua Angah suka tengok asal yang sederhana. Yang handsome sangat ni muka jambu je kan?hehehe...
ni pula pelakon yang melakonkan watak doktor Aya. 

Kejap lagi nak sambung tengok cerita ni. Tengah tunggu download episod 10 dan episod 11, yang x habis lagi. Angah tengok cerita ni dengan housemate Angah, dia pun layan je tengok cerita ni. Tapi yang harunya selamba je Angah nangis depan dia, dia x nangis pun. Mungkin Angah ni berjiwa sensitif kot,huhuhu...

p/s : Exam 13 Januari tapi masih layan cerita. Angah apa nak jadi dengan kamu ni? (kata dalam hati)

Selasa, 3 Januari 2012

Entri Pertama Selepas Tahun Baru

Assalamualaikum....

ermmm...nak cerita apa ye?apa-apa pun nak ucapkan selamat tahun baru. Azam angah tahun ni sama macam tahun lepas je. Tak kan berubah kerana azam tahun-tahun lepas tak terlaksana lagi, hehe. Hari ni angah final exam pengurusan ternakan untuk minor. Pagi tadi bangun 5.30 pagi semata-mata nak sambung study ternak. Tu pun sebab nak habiskan baca nota ternak yang setebal novel yang angah baca sekarang,huhu. Esok pun ada exam jugak tapi rasa macam nak tidur dulu,hehehe. Yang pasti mesti bangun tidur kejap lagi pecah kepala sebab banyak nak kena cover. Apa yang penting sentiasa tersenyum walaupun nak pecah kepala sekalipun,hehehe..

p/s : kepada kawan-kawan, selamat menduduki peperiksaan akhir. pastikan kepala penuh dengan ilmu-ilmu yang dibaca.

ni Ahmad Salahuddin (adik Angah) tengah rajin nak baca
buku tapi sekarang malas sangat nak baca buku