Sabtu, 2 Februari 2013

~ Syarikat Muda Osman (Part I) ~

Assalamualaikum Penghuni Blog Angah, sihat tak?

Ermm...Hari nie nak cerita pasal pengalaman angah kerja kat Syarikat Muda Osman (SMO). Syarikat nie mengeluarkan segala peralatan sekolah termasuk alat tulis dan buku rujukan. Pada entri yang lepas angah ada cerita pasal angah ada temuduga terbuka kan? Nak ingat balik boleh buka link di sini. Angah temuduga pada 1 November tahun lepas. Angah diterima kerja pada 13 Disember tahun lepas. Angah ingat dah tak dapat sebab sebulan duk saja kat rumah. Dah berkira dalam otak angah nak g KL duk ngan adik angah sambil suruh tolong di carikan kerja untuk angah. Tapi angah bejaya juga dapat kerja kat SMO Pasir Mas nie.

Masa angah mula2 masuk kerja, angah tak tahu nak buat apa. Mula2 kenal kawan2 angah kat SMO nie,  angah ingatkan diorang tak peramah tau. Angah pemalu sangat2 masa mula2 masuk kerja. Tapi nasib baik kawan2 angah kat SMO nie jenis yang suka menegur. Kerja yang angah buat masa masuk kerja adalah susun file. Masa 2 Senior Supervisor (SS) yang suruh angah susun file 2. Angah pun buat la. Nama pun budak baru kerja kan?? Mestilah tunjuk baik depan bos, huhuhu....Lepas 2 angah selalu dengan sorang pekerja nie nama dia Sue. Angah ikut je apa yang dia buat. Dia susun beg, angah susun beg. Dia tampal bar code kat pen, angah pun tampal jgk. Macam dah tak tahu sangat nak buat apa. Tengah hari 2 dalam pukul 1 angah kena perkenalkan diri pada supervisor kat Pasir Mas nie. Masa nak perkenalkan diri 2 ingatkan berdua je dengan dia, rupanya diorang tengah perkenalkan barang pada hari tersebut. Jadi angah kena perkenalkan diri pada semua pekerja SMO.

Lepas 2 angah sambung kerja angah sampai pukul 2. Masa untuk rehat. Angah terus je ambil beg duit nak g makan. Lepas 2 kak Pah tegur angah, dah punch card ke? Angah tanya balik, kena punch card ke? Dia cakap kena punch card sebelum rehat dan selepas rehat. Malu angah masa 2. Nasib baik tak de orang yang dengar. Masa nak keluar 2, Tinie Penolong supervisor tanya nak rehat kat mana. Jadi angah cakap nak rehat kat masjid. Tinie ajak rehat kat bilik rehat je la. Kat kedai SMO Pasir Mas ada bilik rehat. Angah segan, jadi angah cakap angah nak rehat kat masjid je. Hampir 1 minggu jgk la angah rehat kat masjid. Rehat pun sorang2 je. Punya la pemalu sangat nak rehat dengan kawan2 yg lain.

Masuk balik lepas rehat pukul 3. Angah sambung balik apa yang angah tinggalkan tadi. Pukul 5.30 ptg angah balik rumah. Esoknya angah kena belajar bahagian cashier. Masa mula2 belajar cashier angah ketar sangat2. Tak pernah pegang duit orang. Kak Ann ajar angah tentang cashier nie. Kak Ann nie supervisor kedai. Balik dari kerja angah senaraikan apa yang perlu kita buat kat cashier. Kod2 yang tak ditagging kita kena hafal. Kemudian hari2 seterusnya angah kena belajar duk cashier. Memang sesuatu yang menyeronokkan.

p/s : Nanti angah cerita lagi pengalaman angah kat SMO Pasir Mas ye....