Ahad, 9 Disember 2012

<< NoVeL BaRu >>

Assalamualaikum penghuni blog angah.....

Dah masuk bulan Disember kan?? Tak tahu nak buat apa lepas balik keje. Selalunya tengok cerita kat laptop je la. Tapi minggu nie angah tidak akan kebosanan sebab angah dah terima pesanan bungkusan novel dari Kaki Novel. Angah tempah online novel nie. 

Sebut pasal novel, angah ada cita-cita nak buka cybercafe nanti. Nanti cybercafe tu angah nak buat macam sudut membaca novel dan menyewa novel. Pelanggan tetap akan dapat diskaun. Setakat nie angah dah ada 120 buah novel. Tapi tak ada sudut nak letak semua novel angah. Adik angah yang ke 5 letak novel angah kat dalam kotak. Dia siap cakap lagi, dah tak de ruang nak letak semua novel angah. Dia cakap lagi tak yah dah beli novel, buat semak je. Angah balas balik, kalau semak jangan dah baca novel angah. Lepas tu dia minta maaf. Sebabnya dia pun jenis suka baca novel. 

Mak angah dah tahu angah punya rancangan. Dia cakap bagus sangat, sebab rumah kami dekat dengan sekolah agama. Tentu ramai pelajar perempuan nak sewa novel angah nanti. Mood angah macam tak sabar nak ada kedai sendiri. Harap-harap apa yang angah dah rancangkan akan berjaya. 

p/s : Nak tempah lagi novel tapi tak ada duit.